May 21 2009
Kabinet Malaysia Terkini 2009
Sudah agak lama saya tidak menulis di sini disebabkan faktor masa yang tidak mengizinkan. Maaf buat pelawat-pelawat dan pembaca blog ini kerana setelah sekian lama, tiada entri baru ditulis. Namun, saya akan cuba menulis kembali di sini dengan masa terluang yang saya miliki. Tidak lupa juga kepada pembaca yang melanggan melalui RSS, maaf dari pihak saya.
Sekadar entri ringkas daripada saya sempena pengumuman barisan kabinet Malaysia yang terkini yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib semalam (9 April 2009). Saya ada menonton siaran ulasan di Astro Awani semalam mengenai pengumuman ini dan apa yang saya dapat simpulkan ialah, suatu transformasi perlukan pengorbanan dan perubahan. Datuk Seri Mohd Najib telah melakukan perubahan dalam merealisasikan transformasi yang beliau war-warkan. Tiada apa yang saya harapkan, cuma sekadar berharap agar segala yang dicanangkan itu tidaklah hanya permainan kata-kata semata-mata, tapi disusuli juga dengan perlaksanaan ke arah transformasi yang diperkatakan itu.
Disini saya senaraikan ahli kabinet baru Malaysia tahun 2009:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Perpaduan & Prestasi: Dr Koh Tsu Koon
Undang-undang & Parlimen: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Hal Ehwal Agama: Brig. Gen. (Rtd) Datuk Jamil Khir Baharum
Unit Perancangan Ekonomi: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan: Datuk Liew Vui Keong, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Datuk SK Devamany, Ahmad Maslan, Senator T. Murugiah
Menteri Kewangan:
Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II: Datuk Ahmad Husni Hanadziah
Timbalan: Datuk Chor Chee Heung, Datuk Dr Awang Adek Hussein
Menteri Pendidikan
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Datuk Wee Ka Siong, Datuk Puad Zarkashi
Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Ong Tee Keat
Timbalan: Datuk Abdul Rahim Bakri, Datuk Robert Lau
Menteri dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop, Jelaing Mersat
Menteri Penerangan, Kebudayaan & Komunikasi
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan: Datuk Joseph Salang Gandum, Senator Heng Sai Kee
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan: Noriah Kasnon
Menteri Perusahaan, Perladangan & Komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Hassan Malek, Datuk Joseph Entulu
Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan: Dr Hou Kok Chung, Saifuddin Abdullah
Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Muhkriz Mahathir, Datuk Jacob Dungau
Menteri Sains, Teknologi & Inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan: Fadillah Yusof
Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup
Menteri Perlancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Menteri Pertanian & Asas Tani
Datuk Noh Omar
Timbalan: Johari Baharum, Rohani Abdul Karim
Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Dr Abdul Latif
Menteri Kerjaraya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng
Menteri Kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Rosnah Rashid Shilin
Menteri Belia & Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Razali Ibrahim, Wee Jeck Seng
Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S. Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Ismail Sabri
Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe
Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan: Lajim Ukin
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan: Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Luar Negeri
Datuk Anifah Aman
Timbalan: Datuk Lee Chee Hong, Senator A. Kohilan
Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
Timbalan: M. Saravanan
Untuk senarai lengkap, anda boleh ke pautan ini.
Seperti yang dapat dilihat, ada diantara ahli kabinet Malaysia 2009 ini adalah muka-muka baru dan ada juga orang lama yang dimasukkan kembali kedalam kabinet. Walaubagaimanapun, diharapkan portfolio yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka dapat dilaksanakan sebaiknya. Jika mahu dipersoalkan kredibiliti mereka ini dalam memegang portfolio yang mereka bawa, saya rasakan masih terlalu awal untuk kita menilai. Sebaiknya kita lihat dahulu apakah barisan baru kabinet ini mampu membawa transformasi seperti yang diwar-warkan.
Possibly Related Posts:
- Jangan Pertikai Kedaulatan Yang Di-Pertuan Agong
- Hujahan semakan semula kes MB Perak sedang berjalan
- Kes saman Anwar terhadap Dr. Mahathir didengar 30 Julai



