Jan 14 2010

infoterkini

Kegarangan Selangor

Posted at 12:09 am under Sukan

Your Ad Here

RENTAK permainan juara bertahan Liga Super, Selangor terus cemerlang melakarkan kemenangan kedua berturut-turut dengan membelasah Kuala Lumpur, 4-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Skuad bimbingan K Devan turun dengan misi mahukan kemenangan menerima ujian getir seawal minit ke-7 apabila pelawat terlebih dulu di depan menerusi tandukan Yong Kuong Yong hasil sepakan percuma Azwan Abd Malek. Ia membuatkan penyokong tuan rumah tergamam seketika sehinggalah penyerang, Mohd Safee Sali menyamakan kedudukan pada m-35 selepas menanduk masuk hantaran lintang Safiq Rahim. Ketika itu, Selangor kelihatan mendapat tonik baru selepas melancarkan serangan bertali arus dan kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah meletakkan skuad Gergasi Merah di depan pada m-58 selepas mudah menyungkit bola melepasi penjaga gol Kuala Lumpur, Remezey Che Ros. Seolah-olah tidak puas hati dengan kedudukan semasa itu, anak buah Devan terus mengasak kubu Kuala Lumpur dan akhirnya R Surendran menyumbat dua gol masing-masing pada m-78 dan m-88. Di Stadium Perak, tuan rumah perlu mencari ramuan berkesan meningkatkan kemampuannya jika tidak ingin dijadikan pasukan belasahan dalam kancah Liga Super, musim ini. Kekalahan 3-1 kepada Terengganu di Ipoh adalah kekalahan kedua skuad bimbingan Raja Azlan Shah Raja Shuib dan jelas belum bersedia memenuhi saingan liga elit itu. Terengganu yang tampil selepas kejayaan mengikat Kelantan dalam perlawanan sulung, Sabtu lalu nyata garang malam tadi. Walaupun mampu menang dengan jurang lebih besar tapi dua jaringan Mohd Ashaari Shamsuddin dan Mohd Firdaus sudah cukup buat pelawat pulang ceria. Gol sagu hati tuan rumah dihasilkan Mohd Saufi Saadi, tapi belum cukup mengubah persepsi peminat terhadap kemampuan pasukan ini. Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pendatang baru, T-Team gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat tanpa jaringan ke atas KL Plus. Meskipun menguasai perlawanan, T-Team bagaimanapun gagal melakukan penyudah tepat dan keputusan itu menyaksikan skuad pantai Timur mencatat dua kali seri. Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bangkit daripada kekalahan pertama untuk menundukkan Pahang, 2-1. Tuan rumah terlebih dulu di depan ketika perlawanan baru dua minit bermula menerusi Mohd Failee Ghazli namun kegembiraan itu cuma bertahan seminit selepas Pahang menyamakan kedudukan menerusi R Surendran. Mohd Naim Naseer Khan muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Pulau Pinang pada m-62 sekali gus membolehkan skuad Pulau Mutiara itu meraih tiga mata penuh.

Possibly Related Posts:


  • Share/Bookmark

One response so far




One Response to “Kegarangan Selangor”

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by mat tako, mat tako. mat tako said: Kegarangan Selangor http://bit.ly/7oRcw1 via @AddToAny [...]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 463707 access attempts.